Monday, July 5, 2010

Inikah Artis Kita

19 April 2010? Cerita apa hari ini, ok Pangeranz pagi-pagi tengok la Malaysia Hari Ini (MHI). Dan yang paling best tengok segmen artis jemputan la.

Dan nak tahu asapa artis jemputan Malaysia Hari ini pada 19 April 2010, sebenarnya Pangeranz pun tak kenal dengan mamat ni, mula-mula dengar die nyanyi ok la, tapi macam tak sedap sangat, dan lihat pada gaya nyanyianya….

Sani

Inila die artis yang Pangeranz maksudkan, maaf kepada peminatnya. Pangeranz tak kenal, sumpah kalau tak tengok MHI kalau selisih dengan Sani ni pin akan buat tak tahu jer la…Huhuhuhu.. Suara ok la penampilan ok juga, tapi gaya nyanyian tangan letak dalam poket sepanjang lagu, adalah hanya 30 saat keluarkan tangan tuh, rasa macam kurang sopan, kalau kira adat pun kita biadap namanyer. Kenapa tak Confident kew? Kalau nak jadi artis Confident level kene tinggi dik….

Dan lagi satu perangai gaya yang paling dibenci, tengok aja la pic dibawah ni…Tengok memang tak salah kalau duduk kat RUMAH, inikan siara TV satu Malaysia tengok dik…

Cara duduk Sani Mentor

Dan seterusnya Wardina pun buat muka, dan barulah si Sani ni betulkan CARA DUDUK nya itu.

Dan kalau semua perasan muka Wardina macam berubah satu macam, tetiba teringan satu artikal yang Wardini sendiri pernah menulisnya, yang menyatakan “Artis Malaysia Tak Boleh Jadi Contoh Atau Role Model”, rasanya sekarang ini Wardina cukup meluat tengok budak Sani ni.

Dan lagi satu tak boleh terima, Wardina soal “Siapa Idola Artis MALAYSIA”, ianya sebab si Sani sibuk pasal idola international die, dan die cakap idola kat Malaysia Mentor die sendiri Jaclyn Victor, Siti Nurhaliza, Aizat dan ada lagi sorang lupe dah…Hello Sani cakap serupa bikin sikit sebab artis yang KAU sebut tuh semua tak sesopan kau…

Dan rasanya si Sani ni hanya berangan jadi Artis. Lama tak lama tak tahu la serah aja pada takdir. Kalau nak jadi artis kenalah tunjuk kebaikan depan Camera dik oi……

Ok tuh saja dari Pangeranz penat nak manaip….Bye….

P/S : Cukup kagum dengan Kegemilangan Dato Siti Nurhaliza dari dulu sinar tak pernah hilang, Tahniah atas penghargaan Artis Paling Popular di ABPBH…..Tahniah….

Bahagiakan Hatimu

Ini adalah satu cerita yang Pangeranz rasa menarik untuk kita kongsi bersama. Bahagiakan Hatimu satu subjek yang amat subjektif yang Pangeranz rasa sukar untuk bincangkan bersama, tapi dengan semangat semua yang sentiasa mengikuti perkembangan blog ini tak salah untuk perkara ini kita bicangkan bersama.

OK satu peristiwa yang benar dimana kenapa kita semua sering ada sifat tidak puas hati dengan orang lain, Pangeranz menganggap semua manusia berhak untuk menyuarakan pendapat tetapi bukan untuk menjatuhkan atau memperkecilkan, kerana itu bukannya pandangan atau pendapat tetapi suatu perkara yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Tak salah kalau kita berfikiran lebih matang dari umur tetapi salah sekiranya kita berfikiran cetik berbanding umur (seperti umur dah 30 tahun berfikiran seperti orang berumur 20 tahun). Hidup ini satu pengembaraan yang kita perlu tentukan perjalanan samada kiri atau kekanan perjalanan kita, yang kita sendiri tak pasti samaada kiri atau kanan jalan yang sebenar. Tetapi kita tak boleh nak mempengaruhi orang lain ikut jalan sama kita sehingga kita tahu jalan itu benar benar jalan yang sebenar.Tetapi percayalah jalan yang sebenar adalah jalan yang diredhai Allah, yang pasti itulah jalan yang sebenar-benarnya.

Sifat memperkecilkan pula bagi Pangeranz ianya satu sifat yang amat mementingkan diri sendirisehinggakan orang yang begini tak tahu perasaan orang lain yang mungkin terluka atau terguris, bak kata Karam Sign Walia “kampung terbakar nampak asapnya, hati terbakar siapa yang tahu”. Kerana jika kita tak pasti asal usul seseorang itu janganlah kita hendak bercakap sesuka hati. Bak kata orang dulu dulu sebab mulut badan binasa.Jadi tepuk dada tanya hati.

Jadi bahagiakan hati dengan sifat sifat yang terpuji.Tak perlulah nak menjaga tepi kain orang yang kita tak pasti samada kita ini sempurna atau tidak, jadi pesanan disini sempurnakan diri dan barulah kita boleh mencerita mengenai orang lain, macam mana nak sempurnakan diri?, tepuk dada tanya iman.

Salam Sayang.

Sunday, July 4, 2010

REVIEW SLOT ZEHRA – JANJI KEKASIH

Credit – Budiey, ezy4u, oh malaysia

TV3

Satu cerita yang menarik perhatian Pangeranz, iaitu Janji Kekasih dari slot Zehra pada hari Jumaat di TV3. Drama 13 Episod ini mengisahkan pergolakan jiwa hati seorang hamba-Nya yang sering melakukan kesilapan. Lakonan hebat dari Jue Aziz yang membawa watak Karina – seorang remaja “rewang” yang berusia 20an dan masih belajar, pergolakan hubung kekeluargaan yang mungkin punca utama.

Drama ini mengisahkan perbezaan antara kehidupan yang penuh mengikuti landasan agama, kekayaan serta keseronakan hidup diatas muka bumi-Nya. Menanpilkan Karina seorang remaja yang hidup derba kemewahan dan baginya wang ringgit tidak menjadi masalah baginya, dan rakan sebiliknya Aliyah yang cuba menasihati supaya Karina berubah sikap dan tidak jemu melayan sahaja kerenah Karina.

Muncul pula seorang jejaka yang hidupnya sentiasa di lantasan-Nya yang sebenar. Syah lakonan Fezrul Khan iaitu anak kepada Haji

Janji Kekasih

Safuan lakonan Jalaludin Hassan serta Hajah Hashima lakonan Erma Fatimah. Tanpa disedari Syah telah menyukai Karina, walaupun pada hakikatnya Aliyah amat menyukai Syah.

Hati Karina gelisah apabila mendengar puisi keinsafan. Apabila Karina mengenali Syah, ianya membuatkan Karina semakin dekat untuk mengenali Islam yang sebenarnya Islam. Namun tidak semua menyenangi perubahan positif Karina, Aliyah yang selama ini menyukai Syah,dengan redha mengundurkan diri. Manakala Zarul, bekas kekasih Karina pula bertindak ekstrim melanggar Syah hingga dia cedera parah.

Tempoh pemulihan Syah telah menemukan Karina dengan keluarga Syah yang tidak putus-putus memberi semangat kepadanya untuk terus mencari kebenaran dan kedamaian hati. Namun dalam angan-angan dan mimpi indahnya, Karina dikejutkan dengan pengesahan doktor yang dia diserang barah paru-paru akibat pengambilan rokok dan arak dalam usia yang masih muda. Walaupun hatinya remuk dan kecewa, Karina redha dengan nasib diri dan menganggap inilah balasan Tuhan atas kelalaian dan perbuatan masa lalunya.

Persoalannya, bagaimanakah perhubungannya dengan Syah setelah mengetahui tempoh hayatnya hampir tiba? Mampukah Karina terus merahsiakan keadaan kesihatannya daripada insan yang dicintai dan keluarga walaupun didesak Aliyah? Adakah Aliyah bersedia untuk mengambil tempat Karina di hati Syah? Nantikan jawapannya menerusi drama Janji Kekasih, di slot Zehra TV3, mulai 11 Jun 2010, setiap Jumaat, jam 9.00 malam.

Pena Creative Picture

Bagi Pangeranz ini adalah satu cerita yang paling sesuai, kenapa?. Ini jawapannya, sewaktu Pangeranz tengok cerita “Wanita Berkalong Sorban”, Pangeranz pernah cakap dengan kawan Pangeranz :

Pangeranz : Kenapalah cerita mesti macam ni, orang yang beriman kena cari orang yang beriman juga, habis orang yang kurang iman, kena terkapai-kapai kew, dan tiada siapa nak berikan tunjuk ajar.

Kawan : Nanti kita mintak produksi Malaysia buat cerita orang beriman cari orang yang kurang iman nyer yer……

Pangeranz : Harap jew la..

Dan sekarang Alhamdulillah, mungkin Akak Ziela Jalil dengar perbualan kami dulu. Sebab cukup meluat dengan cerita Perempuan Berkalong Sorban itu sebab macam tiada motif, memang betul untuk memilih calon suami atau isteri haruslah mencari yang beriman, tetapi sekarang ini taknak ke kita mendidik manusia supaya lebih beriman, kerana orang-orang yang macam ini hanya dengar nasihat dari orang yang mereka sayangi sahaja, kan dapat pahala jika kita memberi tunjuk ajar supaya berjalan dilandasan-Nya yang sebenar.

Beberapa Scene yang Pangeranz suka dari episod 1 hingga 4

  1. Episod 1, dimana Hajah Hashima dan Haji Safuan. Dimana Hajah Hashima menangis sambil berkata “kenapalah dia buat kita

    Erma Fatimah dan Jalaluddin Hassan

    macam ni bang”, merujuk kepada Fika, Iaitu anak mereka yang dahulunya liar, lari dari rumah dan selepas 7 tahun dan ingin kembali ke rumah. Sebab Pangeranz turut menitiskan air mata. Credit to Erma Fatimah, dan Jalaludin Hassan
  2. Episod 3, dimana Rukayah lakonan Almy Nadia, kawan baik kepada Aliyah, sambil mengumpat Karina dengan Syah, inilah yang Pangeranz cakap, mentality masyarakat yang orang beriman hanyalah layak dengan orang beriman, tetapi Aliyah cakap “Alhamdullilah kalau Syah sukakan dia, mudah-mudahan Syah dapat bimbing dia, saya tengok Karina tu macam jiwanya kosong, macam layang-layang yang terputus talinya, hilang arah, dan saya tahu dia nak keluar daripada kegelapan tu, siapa lagi nak bimbing dia kalau bukan orang yang dia sayang dia kan.”. Credit to Ayu Raudah dan Almy Nadia
  3. Episod 4, dimana Syam (Amran Ismail) dan Syah berjalan di kaki lima. Ini lagi sorang mentaliti masyarakat. Syam cakap “Kalau nak berkawan, nak berteman cari yang sesuai”,”Karina siapa yang tak kenal dia kat universiti ni, kaki rewang tu”,”Gila, kau nak campur dengan budak-budak motor tuh Syah?,Rosak masa depan kau Syah, rosak”. Dan yang Pangeranz suka bila Syah cakap “Syam, orang-orang macam ni la kita kena dekat sebenarnya…..”. Credit to Fezrul Khan dan Amran Ismail
  4. Episod 4, Syam (Amran Ismail) dan Syah menyaksikan pergaduhan Karina dan Ibunya. Pangeranz geram betul dengan Syam ni, tak habis-habis nak burukan Karina tu.

Pelakon-pelakon Janji Kekasih

  • Jue Aziz – Karina
  • Fezrul Khan – Syah
  • Putri Sarah Liyana – Syafika
  • Ayu Raudhah – Aliyah
  • Almy Nadia – Rukayah
  • Dato’ Jalaludin Hassan – HJ Safuan
  • Erma Fatimah – HJH Hashimah
  • Marisa Yasmin – Puan Marina
  • Noramy Nadia – Balqis
  • Erry Putra – Zarul
  • Shah Farid – Pak Jalil
  • Amar Baharin – Azmi
  • Mustapha Kamal – En Hashim
  • Amran Ismail – Syam
  • Iqram Dinzly – Akmal
  • Fadhil Dhani – Ramli
  • Ary Malik – Safura
  • Zaryn – Zetty
  • Farid Wari – Fazlan
  • Maya Matahari – Guest Artis

Penerbit : Puan Hajjah Ziela Jalil

Director : Mohamed Feroz Kader

(p/s : untuk Download lagu OST Janji Kekasih, PadaMu Ku Bersujud – Afghan, Clik Here)

Review on Twitter

Tweet

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...