Sunday, January 1, 2012

My 2011

Hai semua~  Selamat Tahun Baru 2012.  Finally 2012 is coming!  Jam 01:21 wow, rasanya macam tak percaya sekarang Umar bertemu dengan 2012, walaupun digembar-gembur akan kejadiaan yang kurang menyenangkan bagi masyarakat Dunia terutamanya, walaubagaimanapun, ianya tetap  disambut dengan meriah bukan?. Hidup harus diteruskan. Pernah juga tertanya perlukah "Azam Tahun Baru" ini, ok secara terus terangnya Umar memang tak ada dan tak pernah ada segala azam ni. Setiap tahun? Yes!. Dan pada malam ini Umar nak cerita apa yang telah terjadi sepanjang 2011 ini bagi keluarga, kerjaya, pelajaran, sahabat, peribadi dan sebagainya.
I get my 1st iPhone, my first iPad, my first iPod, and I am an Apple addict! Just only 2011. =))


Mirza Akil dan Nurhazwani Alia
Keluarga: Ini adalah kumpulan yang paling Umar sayang, dan bagi semua yang mempunyainya. Alhamdulillah Umar masih dapat bersama mereka. Wow! Banyaknya percutian bersama mak dan abah terutamanya ke Kuching melawat kakak, dan inilah adalah saat yang paling ohsem bersama mereka berdua. Membantu kakak dalam perniagaan kecil-kecilannya, tart, cup cake dan macam-macam lagi. Dan hopefully ianya akan berjaya. Amin, dan ini yang Umar harapkan, adanya perniagaan keluarga walaupun secara kecil-kecilan. Dan pada akhir tahun saya dikejutkan dengan kelahiran Anak Buah yang sulong! Oh my God! Saya dah jadi pakcu yang sebenarnya. Tetapi tetap dihati tetap yang tersayang Wani dan Akil. Both of them just grow in-front my eyes! I love all of you!
Unifi Telekom Malaysia
Kerjaya: Seperti tahun sebelumnya, pada 2011 saya masih bekerja as a contact center customer service for Telekom Malaysia.  Walaupun as a contact center tetapi saya tetap berbangga, disini saya belajar bersabar dan communication! The important thing is I improve my English! Pada rakan sekerja yang saya tak dapat nak sebutkan satu-satu disini, tetapi saya masih ingat kalian. Akak Syikin sbg kakak saya di tempat kerja. Kawan gelak ketawa Shima dan juga Arwah Siti Fairuz (Al-Fatihah). Segala pahit ada disini. Agak sukar untuk diingat segala yang berlaku. Ianya dijadikan pengajaran di masa hadapan. Sumpah Umar tak akan terjebak lagi dengan semua ini.
Pelajaran: Alhamdulillah, cita-cita untuk melanjutkan pelajaran akhirnya tercapai, dan sebenarnya pada tahun 2010 lagi Umar dah ke UMT, tetapi tolak kerana kerjaya yang "kononnya" menjamin masa depan rupanya tidak. Dan Alahamdullilah Umar diterima pula di UMS. Sound great right! Yes!. Sabah, tempat orang, semuanya baru, orang baru, bahasa baru, tempat baru, kawan baru. Buat masa sekarang apa yang Umar boleh katakan I just fall in love with Sabah people!
Raffiza A Rahman. (Gambar 2008)


Sahabat: Wow! Inilah perkara yang paling sukar untuk dikatakan, terlalu ramai sahabat yang berdiri dibelakng untuk memberi sokongan. Sahabat ketawa, menangis semuanya disini. First of all Raffiza A Rahman, sahabat sejati Umar, ketika duka banyak memberi sokongan, menangis bersama malah ketawa pun bersama, nyawa kedua Umar, rasa terkilan kerana menyakiti hatinya kerana merahsiakan pemergian Umar ke Sabah. Tapi Umar percaya dia turut berbangga dengan pencapaian Umar! Kan kan kan. Asri, Mus & Khairul teman aku ketika sunyi dirumah, balik kerja, hujung minggu. Teman wayang, teman karaoke, teman Malis,teman bercuti MELAKA! Yes!. Dan Azreen, sahabat saya yang sering memberi kata semangan dan memahami saya ketika sedih. Dan Hidayah dan juga Wan Syuhadah diamana sahabat di Sabah, alhamdullilah mereka ada untuk memberi sokongan di sini.  Kepada Adib, Shukri, Nazs anda semua adalah sahabat dunia akhirat saya sejak perkenalan 2004 ianya sangat ohsem!. =)) I Love You All =))
Dan apa yang berlaku sepanjang 2011 itu adalah kenangan dan pengajaran. Umar tak mampu untuk menoleh ke belakang lagi pandang kehadapan dan mengejar segala cita-cita dan peluang yang muncul. Seperti yang Umar katakan, Umar tak pernah buat azam tahun baru, kerana impian tidak dapat dicoret di kertas dengan hanya satu malam. Ianya mengambil masa 24/7 365 hari untuk melakarkannya. Dan azam sering timbul sepanjang kehidupan. =))

Sekian...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...