Monday, July 5, 2010

Bahagiakan Hatimu

Ini adalah satu cerita yang Pangeranz rasa menarik untuk kita kongsi bersama. Bahagiakan Hatimu satu subjek yang amat subjektif yang Pangeranz rasa sukar untuk bincangkan bersama, tapi dengan semangat semua yang sentiasa mengikuti perkembangan blog ini tak salah untuk perkara ini kita bicangkan bersama.

OK satu peristiwa yang benar dimana kenapa kita semua sering ada sifat tidak puas hati dengan orang lain, Pangeranz menganggap semua manusia berhak untuk menyuarakan pendapat tetapi bukan untuk menjatuhkan atau memperkecilkan, kerana itu bukannya pandangan atau pendapat tetapi suatu perkara yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Tak salah kalau kita berfikiran lebih matang dari umur tetapi salah sekiranya kita berfikiran cetik berbanding umur (seperti umur dah 30 tahun berfikiran seperti orang berumur 20 tahun). Hidup ini satu pengembaraan yang kita perlu tentukan perjalanan samada kiri atau kekanan perjalanan kita, yang kita sendiri tak pasti samaada kiri atau kanan jalan yang sebenar. Tetapi kita tak boleh nak mempengaruhi orang lain ikut jalan sama kita sehingga kita tahu jalan itu benar benar jalan yang sebenar.Tetapi percayalah jalan yang sebenar adalah jalan yang diredhai Allah, yang pasti itulah jalan yang sebenar-benarnya.

Sifat memperkecilkan pula bagi Pangeranz ianya satu sifat yang amat mementingkan diri sendirisehinggakan orang yang begini tak tahu perasaan orang lain yang mungkin terluka atau terguris, bak kata Karam Sign Walia “kampung terbakar nampak asapnya, hati terbakar siapa yang tahu”. Kerana jika kita tak pasti asal usul seseorang itu janganlah kita hendak bercakap sesuka hati. Bak kata orang dulu dulu sebab mulut badan binasa.Jadi tepuk dada tanya hati.

Jadi bahagiakan hati dengan sifat sifat yang terpuji.Tak perlulah nak menjaga tepi kain orang yang kita tak pasti samada kita ini sempurna atau tidak, jadi pesanan disini sempurnakan diri dan barulah kita boleh mencerita mengenai orang lain, macam mana nak sempurnakan diri?, tepuk dada tanya iman.

Salam Sayang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...