Sunday, July 4, 2010

REVIEW SLOT ZEHRA – JANJI KEKASIH

Credit – Budiey, ezy4u, oh malaysia

TV3

Satu cerita yang menarik perhatian Pangeranz, iaitu Janji Kekasih dari slot Zehra pada hari Jumaat di TV3. Drama 13 Episod ini mengisahkan pergolakan jiwa hati seorang hamba-Nya yang sering melakukan kesilapan. Lakonan hebat dari Jue Aziz yang membawa watak Karina – seorang remaja “rewang” yang berusia 20an dan masih belajar, pergolakan hubung kekeluargaan yang mungkin punca utama.

Drama ini mengisahkan perbezaan antara kehidupan yang penuh mengikuti landasan agama, kekayaan serta keseronakan hidup diatas muka bumi-Nya. Menanpilkan Karina seorang remaja yang hidup derba kemewahan dan baginya wang ringgit tidak menjadi masalah baginya, dan rakan sebiliknya Aliyah yang cuba menasihati supaya Karina berubah sikap dan tidak jemu melayan sahaja kerenah Karina.

Muncul pula seorang jejaka yang hidupnya sentiasa di lantasan-Nya yang sebenar. Syah lakonan Fezrul Khan iaitu anak kepada Haji

Janji Kekasih

Safuan lakonan Jalaludin Hassan serta Hajah Hashima lakonan Erma Fatimah. Tanpa disedari Syah telah menyukai Karina, walaupun pada hakikatnya Aliyah amat menyukai Syah.

Hati Karina gelisah apabila mendengar puisi keinsafan. Apabila Karina mengenali Syah, ianya membuatkan Karina semakin dekat untuk mengenali Islam yang sebenarnya Islam. Namun tidak semua menyenangi perubahan positif Karina, Aliyah yang selama ini menyukai Syah,dengan redha mengundurkan diri. Manakala Zarul, bekas kekasih Karina pula bertindak ekstrim melanggar Syah hingga dia cedera parah.

Tempoh pemulihan Syah telah menemukan Karina dengan keluarga Syah yang tidak putus-putus memberi semangat kepadanya untuk terus mencari kebenaran dan kedamaian hati. Namun dalam angan-angan dan mimpi indahnya, Karina dikejutkan dengan pengesahan doktor yang dia diserang barah paru-paru akibat pengambilan rokok dan arak dalam usia yang masih muda. Walaupun hatinya remuk dan kecewa, Karina redha dengan nasib diri dan menganggap inilah balasan Tuhan atas kelalaian dan perbuatan masa lalunya.

Persoalannya, bagaimanakah perhubungannya dengan Syah setelah mengetahui tempoh hayatnya hampir tiba? Mampukah Karina terus merahsiakan keadaan kesihatannya daripada insan yang dicintai dan keluarga walaupun didesak Aliyah? Adakah Aliyah bersedia untuk mengambil tempat Karina di hati Syah? Nantikan jawapannya menerusi drama Janji Kekasih, di slot Zehra TV3, mulai 11 Jun 2010, setiap Jumaat, jam 9.00 malam.

Pena Creative Picture

Bagi Pangeranz ini adalah satu cerita yang paling sesuai, kenapa?. Ini jawapannya, sewaktu Pangeranz tengok cerita “Wanita Berkalong Sorban”, Pangeranz pernah cakap dengan kawan Pangeranz :

Pangeranz : Kenapalah cerita mesti macam ni, orang yang beriman kena cari orang yang beriman juga, habis orang yang kurang iman, kena terkapai-kapai kew, dan tiada siapa nak berikan tunjuk ajar.

Kawan : Nanti kita mintak produksi Malaysia buat cerita orang beriman cari orang yang kurang iman nyer yer……

Pangeranz : Harap jew la..

Dan sekarang Alhamdulillah, mungkin Akak Ziela Jalil dengar perbualan kami dulu. Sebab cukup meluat dengan cerita Perempuan Berkalong Sorban itu sebab macam tiada motif, memang betul untuk memilih calon suami atau isteri haruslah mencari yang beriman, tetapi sekarang ini taknak ke kita mendidik manusia supaya lebih beriman, kerana orang-orang yang macam ini hanya dengar nasihat dari orang yang mereka sayangi sahaja, kan dapat pahala jika kita memberi tunjuk ajar supaya berjalan dilandasan-Nya yang sebenar.

Beberapa Scene yang Pangeranz suka dari episod 1 hingga 4

  1. Episod 1, dimana Hajah Hashima dan Haji Safuan. Dimana Hajah Hashima menangis sambil berkata “kenapalah dia buat kita

    Erma Fatimah dan Jalaluddin Hassan

    macam ni bang”, merujuk kepada Fika, Iaitu anak mereka yang dahulunya liar, lari dari rumah dan selepas 7 tahun dan ingin kembali ke rumah. Sebab Pangeranz turut menitiskan air mata. Credit to Erma Fatimah, dan Jalaludin Hassan
  2. Episod 3, dimana Rukayah lakonan Almy Nadia, kawan baik kepada Aliyah, sambil mengumpat Karina dengan Syah, inilah yang Pangeranz cakap, mentality masyarakat yang orang beriman hanyalah layak dengan orang beriman, tetapi Aliyah cakap “Alhamdullilah kalau Syah sukakan dia, mudah-mudahan Syah dapat bimbing dia, saya tengok Karina tu macam jiwanya kosong, macam layang-layang yang terputus talinya, hilang arah, dan saya tahu dia nak keluar daripada kegelapan tu, siapa lagi nak bimbing dia kalau bukan orang yang dia sayang dia kan.”. Credit to Ayu Raudah dan Almy Nadia
  3. Episod 4, dimana Syam (Amran Ismail) dan Syah berjalan di kaki lima. Ini lagi sorang mentaliti masyarakat. Syam cakap “Kalau nak berkawan, nak berteman cari yang sesuai”,”Karina siapa yang tak kenal dia kat universiti ni, kaki rewang tu”,”Gila, kau nak campur dengan budak-budak motor tuh Syah?,Rosak masa depan kau Syah, rosak”. Dan yang Pangeranz suka bila Syah cakap “Syam, orang-orang macam ni la kita kena dekat sebenarnya…..”. Credit to Fezrul Khan dan Amran Ismail
  4. Episod 4, Syam (Amran Ismail) dan Syah menyaksikan pergaduhan Karina dan Ibunya. Pangeranz geram betul dengan Syam ni, tak habis-habis nak burukan Karina tu.

Pelakon-pelakon Janji Kekasih

  • Jue Aziz – Karina
  • Fezrul Khan – Syah
  • Putri Sarah Liyana – Syafika
  • Ayu Raudhah – Aliyah
  • Almy Nadia – Rukayah
  • Dato’ Jalaludin Hassan – HJ Safuan
  • Erma Fatimah – HJH Hashimah
  • Marisa Yasmin – Puan Marina
  • Noramy Nadia – Balqis
  • Erry Putra – Zarul
  • Shah Farid – Pak Jalil
  • Amar Baharin – Azmi
  • Mustapha Kamal – En Hashim
  • Amran Ismail – Syam
  • Iqram Dinzly – Akmal
  • Fadhil Dhani – Ramli
  • Ary Malik – Safura
  • Zaryn – Zetty
  • Farid Wari – Fazlan
  • Maya Matahari – Guest Artis

Penerbit : Puan Hajjah Ziela Jalil

Director : Mohamed Feroz Kader

(p/s : untuk Download lagu OST Janji Kekasih, PadaMu Ku Bersujud – Afghan, Clik Here)

Review on Twitter

Tweet

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...