Sunday, April 15, 2012

A Second Chance


On my way to Kota Kinabalu, AK5106. Sunday 15/4/2012 11:48, one and half hour will arrive at Kota Kinabalu. Bertemankan Skittles masam dan manis, lumrah kehidupan, tak selalu manis. Again, seat sebelah kosong... Yahooo! (selesa ok)

Kenapa skittles aku ni byk sgt yang masam ni?, ok ok... Aku beli so what?

Laluan seminggu yang sangat berliku, aku ni dah naik penat dengan semua ini, dan kejam ke aku bile aku mengatakan duni ini kejam? (aiyoooo opkos la kejam...)
Itu adalah laluan yang sangat tak baik, yes i know!

Rasanya keadaan dalam flight ni sangat sesuai bile kite memang tak ada mood langsung untuk updated blog, kerana mood tuh tiba2 datang... (tak percaya. Cuba lah!)

(Susahnya aku nak korek skittles manis dalam bekas ni!) "Everybody deserve for a second chance. Not for a third. Adakah saya layak untuk diberi peluang kedua itu?" ini adalah hapdet status yang sgt...... Sebab memang semua org deserve, tapi klau dah org taknak bg apa kau nak cakap! 

Nak dijadikan cerita yang tak best, dalam tgh dgr mp3 Ziana Zain ni, teringat masa balik dr KK ke Semenanjung, lagi 45minit nak mendarat, kepala ni bagai nak meletop! (pernah rasa?) rasanya itu bukan normal, so tgk la dr KL ke KK ni kepala aku sakit lagi atau tak. (sebab tuh skang ni jadi makin biol!)

(masam gler skittles masam ni) almost 2 years. Adakah anda tahu bagaimana untuk hilang ingatan?. Dari Oct 2010 and now 2012 (memang tak ckup 2 tahun lagi! ALMOST!) =))

Rupa-rupanya daya ingatan aku ni kuat jugak kan. Tak sangka. Tapi kalau fakta memang aku cepat aja lupa, eh yang aku ingat ini jugak fakta. Aiyooo macam mana la ni. (nyanyi lagi Ombak Rindu) Choyyyy.

Kadang2 sesetgh org mampu memberi peluang sehingga TIGA KALI!! TIGA ok.. Aku mintak kali keDUA aja. Itupun taknak bagi, orang lain ko bg kali ke TIGA. Melampau!!  Dan keputusan untuk berdiam diri, block, adalah sama seperti keputusan bunuh diri, kejam sangat yer... That why aku kata dunia ini kadang2 tak adil pada sesetengah manusia! (aku cakap DUNIA jgan salah tafsir yer) 

Sesungguhnya Tuhan memang adil, Dia telah rancang yang terbaik, tapi kenapa manusia sering menganggap apa yang diinginkan itu yang TERBAIK! Sebab manusia tak tahu rancangan Tuhan. Dan rancangan Tuhan itu mungkin lambat, sebab manusia memang normal dengan sikap yang memang tak pernah nak bersabar!

Saya berdiri disini sama seperti pokok di depan rumah dan mengharapkan pokok dibelakang rumah bersamanya. (perumpamaan apa ni?) 

Sesungguhnya pokok tak ada kaki untuk berjalan. Sekian~

Kadang2 aku tak faham dengan Manusia apa yang dia inginkan, apa yang dia fikirkan,berdiam diri adalah jalan penyelesaian untuk memisahkan? Saya juga manusia sebab itu saya pun tak paham diri saya. (Saya? Formal kan)

Semua ini berlaku dengan sekejap, pantas seperti kilat yang menyabung rumah anda (saya pernah kene yer!) dan akhirnya rumah anda menjadi gelap gelita selepas diterangi cahaya yang sgt terang!

Pelangipun Tuhan berikan selepas hujan, so? Tunggu aja la. SEKIAN~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...