Tuesday, June 22, 2010

Teguran dan Nasihat


Teguran dan nasihat memang diperlukan bagi seseorang manusia, dan ianya bergantung samaada teguran dan nasihat itu dari sudut postif ataupun negatif, kita melihat dari semua sudut pandang yang berbeza untuk mentafsirkan teguran dan nasihat, ada dikalangan manusia menganggap teguran ataupun nasihat itu sesuatu yang negatif kerana alasan orang yang memberikan teguran mahupun nasihat ingin mencari salah.

Kalau kita melihat dari semua aspek perkara ini amat penting untuk meningkat gaya kehidupan agar lebih baik, sebab manusia tidak akan nampak kesalahan sendiri, jadi kita perlukan cermin untuk melihat kesalahan, dan cermin itu adalah individu yang suka memberikan teguran dan nasihat kepada kita. Walaupun perkara itu agak negatif tak salah kalau kita memandangnya sebagai posif dan anggap ianya sebagai cabaran.

Dengan kita menerima teguran dan nasihat dengan sudut
yang positif secara tidak langsung akan meningkatkan keyakinan diri supaya mempunyai “self esteem” yang tinggi. Supaya kita tidak kekok berhadapan dengan masyarakat yang lain, kerana kita telah ataupun sedia perbaiki segala kesalahan dengan adanya teguran dan nasihat yang diberikan.

Seperti contoh salah satu segmen TV yang paling popular seperti AF yang mungkin kritikan ini tidak disukai ramai, tetapi bagi Pangeranz inilah kritikan yang berguna
walaupun kadang kadang pengkritik semua tidak tahu menyanyi, seperti contoh tenaga pengajar AF guru vokal tersebut Cikgu Siti Hajar, dia amat pandai mengawal vokal tetapi adakah dia seorang penyanyi terkenal seperti Siti Nurhaliza?, tidak kan, dan itulah keistimewaan dia boleh memberi kritikan serta menjadi pengajar yang terbaik. Jadi tepuk dada tanya hati samaada kita dapat menerima pandangan dan nasihat secara positif atau tidak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...