Monday, March 7, 2011

REVIEW ALBUM 3 SUARA (3 VOICES) BY JAC, NING, SHILA


Album 3 Suara, sebuah gabungan hebat diva-diva negara (Malaysia), iaitu Jaclyn Victor, Ning Bazura serta Shila. Gabungan suara yang cukup mantap ini bagi Pangeranz iainya satu idea yang brillian kerana suara-suara mereka memang unik diantara satu sama lain. Dari suara yang tinggi sehinggala yang rendah, semua memainkan peranan penting dalan sesebuah lagu, yang penting tiada yang overshadow sesiapa dalam sesebuah lagu, semuanya rata kerana suara mereka yang unik memang amat-amat memerlukan antara satu sama lain.
Terdapat 9 buah lagu baru beserta 1 Acoustic (Klik tajuk untuk download lagu)



Kulit Album
Seperti yang Pangeranz katakan ini adalah album yang brillian, dan sah-sah la kulit albumnya juga Brillian, bagi pangeranz kulit album ini melebelkan vocal penyanyi tersebut, seperti mana kita tahu suara Jaclyn Victor yang agak tak tercapai akal memang sesuailah diletakkan di awang-awangan gitew kan. hahahaha :). Dan Ning Baizura pula suaranya taklah setinggi Jac ataupun serendah Shila, suara yang dikelaskan sebagai suara soprano ini memang sesuai jika diletakan di tengah-tengah kerana lunak merdunya suara yang beliau miliki. Suara yang rendah buakanlah mudah untuk dibawa jika tak kena dengan orangnya, itulah kelebihan Shila yang suara sangat unik.
Markah : 5/5
Melodi
Kombinasi lagu-lagu yang diarahkan dengan beberapa komposer yang amat berbakat diantaranya Irwan Simanjuntak, Kevin Chin, Paul Morrison, Aylwin Santiago amat menawan, ada yang kata ini album import, tetapi apapun yang dikatakan kitakan serumpun, jadi tak salah lah kiranya dinyanyikan oleh pihak kita juga. Terdapat beberapa lagu yang meningkatkan markah Melodi ini diantaranya Semua Isi Hatimu, Dimana Dimana, Beribu Sesalan. Mengenangmu, Its A Beautiful Life diamana kesemua lagu ini amat menakjubkan serta mampu menaikan bulu roma yang ada, opssss Ngeee =)
Markah : 4.5/5
REVIEW LAGU-LAGU 3 SUARA
Its A Beautiful Life
Lagu  Dan Lirik : Irwan Simanjuntak
  • Dengan tajuk lagu dah menunjukan sesuatu yang ceria, satu permulaan yang bagus untuk memulakan sesuatu. Kegembiraan yang ditunjukan amat memberi kesan pada pendengar, dan percaya atau tidak setiap pagi Pangeranz akan dengar lagu ini untuk pemberi semangat untuk memulakan hari, dan bagi yang pertama kali mendengar album ini, lagu pertama ini jangan diskip kerana ianya akan memberikan kebahagiaan untuk memulakan sesuatu, dan ingat la setiap kehidupan kite didunia samada suaka ataupun duka ITS A BEAUTIFUL LIFE!!!
Markah : 4.5/5

Menari Dalam Hujan
Lagu : Kevin Chin
Lirik : Tinta
  • Masih lagi nak membangkitkan rasa gembira dihati, rentak ala-ala disco ini membangkitkan lagi semangat, sekiranya anda masih lagi tak bersemngat dengan lagu pertama. Dimulakan dengan nyanyian Ning yang amat memukau. Satu part yang Pangeranz suka “Lantas kita pun berlari-lari Menari dalam hujan gerimis”, boleh terangkat dengar gabung suara Ning dan Shila. Dlam lagu ini banyak menonjolkan gabungan vocal Ning dan Shila yang amat memukau, apa pun Jac yang tidak kurang mantapnya.
Markah : 4/5

Semua Isi Hatimu
Lagu  Dan Lirik : Irwan Simanjuntak
  • Lagi sekali Irwan Simanjuntak menunjukan bakatnya dalam pengubah lagu serta lirik, pada mulanya dengan suasana yang ceria kini kita slow down dengan perasaan blues (bak kata remaja2 sekarang). Dengan iringan musik yang amat sesuai lah Shila memulakan langkah. Lagu ni bila dengar sesorang boleh lah mengeluarkan air mata. Kerana cara pembawakan mereka bertiga tersangatlah lunak, lagi2 apabila semua bergabung dengan lirik ” Cobalah tuk mengerti aku Seperti aku yang mengerti Semua tentang dirimu hoo Cobalah tuk merasakan  Seperti aku yang merasakan semua isi hatimu”, dah dapat mengeluarkan air mata Pangeranz.
Markah : 5/5
Dimana Dimana
Lagu  Dan Lirik : Irwan Simanjuntak
  • Lagi sekali Irwan Simanjuntak, huhuhu :) . Single mereka yang amat glamer, perlukew Pangeranz bagi review lagi? Ok ok, huhuhu :) , bab yang Pangeranz suka part ” Jangan Jangan Jangan kau pergi, Jangan Jangan Tinggalkan aku”, cukup catches (betulker eja ni?? Apa2 aja la), amatlah gediks yerr. Lagu ni pertama kali Pangeranz dengar Pangeranz dah rasa jatuh hati lah, part “Hanya ingin Kamu Kamu Kamu Kamu” , cukup menjerat pendengar untuk mendengar. ahaks~
Markah : 5/5
Beribu Sesalan
Lagu  Dan Lirik : Irwan Simanjuntak
  • Nampaknya mcam nak bolot sorang ni si Irwan Simanjuntak ni. Selain lagi Dimana Dimana yang menjadi permintaan untuk dimainkan do corong radio tak kurang hebatnya lagu Beribu Sesalan ini. Mood yang slow menjadikan perasaan yang agak sedih cara pembawakan Ning baizura disini amat menarik, diiringi lagi mazik yang cukup menarik dan menyentuh perasaan. Tetapi bagi Pangeranz lagu ini ada part yang tak berapa menarik (Pendapat peribadi), part dimana Ning Baizura disambut Shila “Disini ku tersedu-sedu Setelah cinta pergi”. Dan apa yang menariknya satu lirik yang agak sadis dan kegam iaitu “Sia-siaku Mencintaimu, Setia padamu, Percayakanmu”, bagi Pangeranz ini satu ayat yang agak kejam. huhuhuhu :)
Markah : 4.5/5
Hanya Satu
Lagu : Kevin Chin
Lirik : Kevin Chin & Karmila Hussin
  • Bagi Pangeranz secara peribadi lagu yang agak biasa didengari, tetapi dengan gabungan yang mantap dapat menghidupkan lagu yang suam-suam kuku, maaf yer, no more review, nanti lebih2 kondem nyerr…..
Markah : 3/5
Mengenang Mu
Lagu : Kevin Chin
Lirik : Tinta
  • Secara peribadi lagu ini amat amat amat sesuai jika diberikan pada insan seni yang sudah tiada, liriknya melodinya amat menarik, apabila Pangeranz cuba mennyanyikan lagu ini lantas fikiran Pangeranz teringatkan kepada Arwah Loloq. Kerana kenangan yang beliau tinggalkan amat memukau jiwa.  ”Senimu terselah istimewa, Budimu indah kukenangi jua”, cukup kuat untuk kita ingatkan seseoarang yang amat berjasa. Terima Kasih…. :)
Markah : 5/5

Tomorrow Calling
Lagu  Dan Lirik : Paul Morrison
  • Lagu motivasi barangkali, huhuhu :) (Pandai2 aja Pangeranz ni), sebab kita lihat pada liriknya seolah menegigatkan kita untuk menjaga anak bangsa yang munking menaikan taraf kita, jadi apa lagi… ahaks~
Markah : 4/5
Teman
Lagu : Aylwin Santiago
Lirik : Tinta
  • Satu lagi lagu motivasi, yang mengingatkan kita perjalanan hidup dari zaman remaja yang semanagt kita amat berkobar untuk mendapat dan mencuba sesuatu, dan sebaliknya kitika dewasa kita lebih berwaspada dan fikiran lebih matang. Inilah yang ingin disampaikan, amat sesuai untuk lagu2 teman persahabatan serta motivasi, (Wah aku yang pandai2 ni….huhuhu)
Markah : 4.5/5
Keseluruhan : 5/5
Dan dibawah ini adalah diantara lagu lagu dalam album 3 Suara yang diedit sendiri oleh Pangeranz semua terhibur dan selamat menyanyi… huhuhuhu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...