Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Tuesday, May 10, 2011

Artis @twitter


Wah, ramai yang tersenyum ni, tengok title pun dah feeling2 @ErraFaziraWC @Umieaida @zielajalil @siti_nur11 yang tak tahan nak jugak feeling2 @MarthaStewart kan. Apapun korang feeling korang tetap tak akan jadi mcm dorang semua. Ngeeee J

Ala, bukan susah nak jadi artis @twitter ni, korang perlukan 1 benda dari 3 perkara dibawah :-
  1. 1.       Rupa paras yang meletop
  2. 2.       Otak yang kreatif
  3. 3.       Korang memang artis

Kalau korang ada salah satu perkara diatas, sure la korang boleh jadi artis @twitter.

Sunday, May 8, 2011

Kesempurnaan




Hari ini Pangeranz nak kongsi satu pendapat. Dimana nak ikutkan tajuknya iaitu mencari satu kesempurnaan. Bagi Pangeranz semua manusia mempunyai pendapat masing-masing berkenaan perkara ini, tetapi bagi pendapat Pangeranz semua manusia perlu mencari kesempurnaan, tak kira la kesempurnaan hidup, mahupun akhirat. Tetapi kesempurnaan abadi adalah kesempurnaan akhirat.

Sunday, May 1, 2011

9 Tanda-Tanda Seseorang Menyayangi Anda.



  1. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  2. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  4. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  5. Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  6. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. Kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
  7. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  8. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, k.
  9. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...