Sunday, May 8, 2011

Kesempurnaan




Hari ini Pangeranz nak kongsi satu pendapat. Dimana nak ikutkan tajuknya iaitu mencari satu kesempurnaan. Bagi Pangeranz semua manusia mempunyai pendapat masing-masing berkenaan perkara ini, tetapi bagi pendapat Pangeranz semua manusia perlu mencari kesempurnaan, tak kira la kesempurnaan hidup, mahupun akhirat. Tetapi kesempurnaan abadi adalah kesempurnaan akhirat.


Dan semua manusia mencari yang sempurna, tetapi
namapun manusia mana ada yang sempurna
, tak gitew?, jadi dimata seseorang iti sempurna tak sama, bagi kita, kita dah cukup sempurna (itu yang sebaiknya), tetapi dimata orang lain kita banyak kelemahan, maklumlah bak kata pepatah, “Nyamuk seberang laut perasan, tetapi gajah depan mata tak dipedulikan”. Tetapi kesempurnaan itu harus dituntut tetapi jgnlah berlebihan.

Seseorang yang kita idamkan yang kita rasa ianya cukup sempurna, tidak menjanjikan apa apa kebahagiaan yang hakiki, jadi terima kenyataan dan terima seadanya kerana apa yang kita idamkan sama sekali tidak menjanjikan apa apa.
Jadi inilah manusia hanya nampak kesalahan yang kecil, tetapi
kebaikan yang besar tidak diendahkan,
jadi tak salah untuk kita berubah hanya nampak kebaikan dan kesempurnaan seseorang itu sahaja.

P/S : Ingatan untuk semua serta diri Pangeranz sendiri, moga kita dapat menjadi yang sempurna dimata semua orang.
P/S : Pangeranz dah 3 hari tak sihat, sebab tuh ada gambar Cartoon Sick Man kat atas tuh, tak ada motif pun, tetapi Pangeranz tetap kuatkan diri untuk bekerja, kerana apa??, jeng jeng jeng, sebab ada jamuan makan-makan kat ofis 3 hari berturut tau. Ngeeee sangat suke apabila dengan kengkawan, sakit nak mati pun boleh jadi sihat bile dengan BFF kat tempat kerja. I LUV U ALL!!! :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...