Monday, May 9, 2011

ADA APA DENGAN DEFINISI SEBENAR TENTANG CINTA

Ada orang cakap cinta ni macam cermin kaca, ceria dan indah apabila dipandang tak dapat dinafikan semua suke melihat cermin bukan?. Tapi andai kata cermin itu retak dan berakar seribu banyaknya, cinta itu sendiri hancur dan tak bermakna lagi. Tetapi kita fikir sejenak jika hidup tiada cinta bagaikan hidup yang tiada siangnya. Sudah menjadi lumrah hidup kita semua berpasangan itu erti yang sebenar.

Bak kata orang , cinta lahir dari mata turun kehati, ianya bermakna jika seseorang itu mempunyai paras rupa hati pasti akan terpaut. Tetapi secara peribadi pendapat saya sebaik-baiknya jika disulami budi dan pekerti . Kerana paras rupa akan berubah dengan sekelip mata jika tuhan mahu menguji. Yang sebenarnya wajah dalam hati dari azali yang lebih penting untuk dipandang supaya ianya hingga akhir hayat.
Tidak dinafikan ada juga segelintir yang melambangkan cinta tu setinggi di galaksi yang tiada penghujungnya, bagi wanitanya yang ingin jadi mewah, dari gadis kampung bertukar menjadi seksi sekelip mata sehinggakan terlupa akan kemuliaan Hawa sehinggalah tersungkur cinta serendah-rendahnya.
Kesimpulannya memang sukar untuk ditafsir kerana cinta ini bak sedalam lautan dan seluas angkasa.
p/s: hurm… macam-macam……

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...