Sunday, May 8, 2011

Apa Yang Telah Berlaku??




Apa Yang Telah Berlaku??
Manusia sering lupa apa yang berlaku dan apa yg telah mereka lakukan, ini kerana manusia hanya faham akan perasaan sendiri. Perkara ini pernah sekali dibincangkan dengan kawan Pangeranz. Kadang-kadang seseorang itu tidak tahupun apa yang mereka telah lakukan pada kita sehinggakan kita berasa alpa terhadap diri.


Ini bukanlah ada apa-apa unsir ghaib ataupun yg lain, ok, untuk lebih mudah Pangeranz bg contoh, seseorang ada berkatakan sesuatu pada anda dan ianya membuatkan anda diawang-awangan (ayat novel~Ngee :-) ) tetapi pada hakikatnya dia tak tahupun ianya membuatkan anda diawang-awangan…
Tetapi mengenai isi dan perasaan amat sukar untuk ditafsir bagaikan seluasnya angkasa. Memang benar cinta x boleh dipaksa, tetapi cinta boleh disemai. Seseorang itu tidak tahu apa yg anda fikirkan selagi anda tidak maklumkan, tetapi sekiranya telah dimaklumkan maka ianya tak dapat dipaksa.
Apa yang terjadi sebenarnya sehinggakan dia tak tahu yang dia telah memberi harapan kepada seseorang?. Hati orang siapa yang tahukan, tetapi sekiranya andai jodoh pasti tak kemana.
Berkenaan perwatakan pula, kita haruslah terima seadanya, sekiranya sidia kuat cemburu, itu bermakna dia amat-amat takut kehilangan insan yg dia sayang, itu bermakna sidia amat menyayangi anda. Dan sekiranya sidia banyak bertanya, itu bermakna sidia mengambil berat tentang anda. Jadi ianya adalah sebaiknya.
Apa yang terjadi sebenarnya sekiranya anda rimas dgn perangainya?, hendak kah anda bertemankan dgn sidia yang TAK takut langsung akan kehilangan anda, nampak sgt anda tidak cukup beharga. Dan hendakkah anda bertemankan sidia yang langsung TIDAK mengambil berat ttg diri anda? Jadi kita fikirkan la…
Apa pun yang terjadi sebenarnya ianya adalah ketentuan Illahi yang maha Berkuasa. Selain berusaha mencari yang sempurna, kita jua harua berserah akan ketentuan Allah yang maha Berkuasa.
Back to normal, Back to basic… Sekian~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...